Thursday 2 October 2014

.. Rasa Hati Aku Saat Ini ..

bila aku lihat mereka bijak dalam pelajaran..
pasti aku akan berasa iri hati dengan mereka..
begitu mudah mereka mendapat keputusan yang indah2..
tapi aku.. hanya mampu bernafas kelegaan..
hati ini terasa ingin jadi seperti mereka tapi..
mungkin kah itu kan terjadi??

mereka mampu miliki apa yang mereka impikan malah lebih dari itu..
mereka sering bercerita mengenai kelebihan mereka sesama sendiri dan aku??
hanya mampu mendengar tanpa berbunyi..
untuk merawat luka yang semakin pedih di hati..
aku ingin menjadi seperti mereka..
yang memiliki segalanya..

tapi aku sering berfikir, jika ini jalan yang telah Allah tetapkan untukku maka..
haruskah aku mengeluh dengan ketetapan ini??
aku cuba untuk meredhakan segalanya.. cuba untuk pasrah dan terima segalanya tapiii..
aku hanya insan biasa yang kadang kala tewas dalam permainan nafsu..
aku cuba menjadi yang lebih baik tapi kadang kala aku merasa seperti aku hipokrit dalam menjalani kehidupan aku sendiri..
mengimpikan yang indah2..
hanya mengharapkan yang terbaik..
menjadi yang baik di mata manusia tapii..
di mata Allah??

aku manusia yang sering merasakan insaf buat sekian waktu dan mula untuk mengulangi semula kesilapan itu di waktu yang lain..
takut rasanya untuk memikirkan apa kesudahan hidup ini..
baik atau sebaliknya..

hidup aku mungkin tidak sesempurna hidup kamu tapi aku masih ingin mencuba menjadi yang terbaik di dalam hidupku bukan untuk kamu tapi untuk aku dan penciptaku..

JAHILNYA AKU..



Assalamualaikum w.b.t..

Sudah lama rasanya blog ini tidak diupdate.. masih adakah mereka yang sudi membaca luahan hati ini??
Bila dikenang kembali cerita silam yang lepas.. pasti akan ada persoalan mengapa.. mengapa dan mengapa ??? akan terjawabkah persoalan ini??
mengapa aku dilahirkan??
mengapa dulu aku tidak belajar betul2??
mengapa dulu aku alpa dalam urusan agama??
mengapa dulu aku sering melakukan perkara yang merugikan??
mengapa dulu aku tidak dimatikan??
betapa jahilnya diri ini ya Allah..
aku mempertikaikan apa yang telah aku pilih dahulu..
aku mempertikaikan setiap ketentuanMu ya Allah..
Melihat hidup orang yang penuh dengan ilmu agama, terasa sangat kerdil diri ini..
masih adakah kesempatan untuk aku mengubah takdir hidupku..??
walaupun aku tahu pintu taubatMu tidak pernah tertutup untuk hambaMu tapi kuatkan aku untuk mengubahnya?
Ya Allah.. hanya kepadaMu aku mengadu dan hanya Kamu tahu apa yang tersirat di dalam hati ini..
bimbinglah aku ke jalan redhaMu ya Allah..

Monday 23 September 2013

Wahai Wanita.

Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan,
Secantik manapun bukanlah ratu jika buruk akhlaknya,
Setinggi mana darjat, bukanlah mulia jika tiada iman didada...

Wahai wanita yang telah meredhai Allah SWT sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad SAW Rasulnya.. Wanita yang meneliti jalan yang lurus dan membawa risalah kebenaran. Tersenyumlah agar dunia ini damai oleh mu...

Moga langkahmu bernama wanita dapat dituntun oleh Ya Rabb menjadi wanita solehah penyeri taman syurga, melagu indah membentuk peribadi menyemai indah kasih buat suami dan tegar kental dalam pertahankan syahadah...

Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak kesudahan. Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu terjatuh selamanya... Kesolehan seorang wanita itu tidak datang begitu sahaja. Ia mesti melalui proses Mujahadah (melawan nafsu) yang panjang, mengikut kesungguhan masing-masing. Barulah terbina taqwa. Setelah ada taqwa barulah terbentuk kesolehan seorang wanita.. Sungguh wanita itu tegar, semoga Allah selalu memberikan kita kebahagiaan di dunia dan akhirat. Apa sahaja ujian buatmu wanita saat ini, in shaa Allah akan dibalas olehNya dengan pahala yang berlipat ganda di akhirat kelak..

Bila Rasa Malas.


Dalam hidup ni kita sering rasa malas,
Malas untuk membantu orang lain,
Malas untuk membuat kebaikan,
Malas untuk berdakwah,

TAPI INGAT...

Jadikan Dunia ini tempat MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA,
Agar AKHIRAT itu bisa menjadi tempat MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA..

Disebalik Apa Yang Kita Perolehi.


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain...

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak percaya akan diri sendiri...

Jangan sedih apabila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda,
Tapi bersedihlah kerana anda belum membuat persiapan...

Jangan sedih apabila orang lain tidak menghargai anda,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain...

Jangan sedih bila orang lain menghina anda,
Tapi bersedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri...

Jangan sedih bila orang lain memaki anda,
Tapi bersedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain...

Jangan sedih orang selalu mengkritik kita,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak pernah mahu memperbaiki diri...

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu bangkit semula...

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak pernah belajar dari pengalaman...

INGATLAH !!! Kunci masalah selalu ada dalam diri sendiri, bukan dari luar atau pada orang lain..
Ianya bermula dari HATI !!

Anologi Kehidupan Di Dunia


HIDUP INI CUMA 3 HARI SAHAJA

1) Semalam : Sudah menjadi sejarah.
2) Hari Ini : Apa yang sedang kita lakukan.
3) Esok : Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap pada hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua...

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS

1) Nafas Naik.
2) Nafas Turun.

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.  Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT

1) Kekal Di Dalam Neraka.
2) Kekal Di Dalam Syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerika dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun iman pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat umpama seseorang yang mahu menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya.. lalu dia pun berkata, setemnya akan dihantar kemudian...

Ada 2 Penyelesaian Bagi Kes Ini :-

1)  Dia mungkin Didenda.
2)Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan keada kita.. sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah redhai..

Sunday 8 September 2013

Pedihnya Seksa Neraka



Astaghfirullaahal Adzim..

Betapa pedihnya seksaan neraka, bagaimana sakitnya di seksa sampai hancur badan tetapi tidak mati-mati di neraka. Yang terdengar hanyalah jeritan dan rintihan tangis sakit kepedihan..

1. Kulit mereka diganti dengan yang baru, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud, "Setiap kali kulit mereka hangus, kami gantikan mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab." (An Nisa' : 56).

2. Bara apinya membakar sampai ke hati, sebagaimana Allah berfirman, " (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati." (Al Humazah :67).

3. Mereka diseret ke neraka di atas wajah mereka, sebagaimana dengan firmanNya yang bermaksud, "(Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka." (Al Qomar : 48).

4. Minuman mereka adalah besi yang mendidih sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud, " Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek." (Al Kahfi : 29).

Begitu syadid (keras dan perih) seksaan neraka, lalu seksaan apa yang paling meringankan untuk penghuni neraka..??

Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya penduduk neraka yang paling ringan seksanya adalah orang yang mengenakan dau sandal dari neraka lalu mendidih otaknya kerana sangat mencekam panas dua sandalnya. " HR Muslim".

Yaa Allah.. Yaa Robbiii.. Ampunilah dosa-dosa hamba.. Berilah hamba keampunan untuk beribadah kepadaMu dan berikanlah hamba kemampuan untuk menghindari kemaksiatan.

Yaa Allah.. Yaa Robbii.. Hamba memang tidak pantas untuk masuk ke syurgaMu TETAPI hamba juga tidak akan kuat untuk masuk ke nerakaMu..

Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini dan setiap orang yang mengucapkan "Aamiinnn"....