
Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan,
Secantik manapun bukanlah ratu jika buruk akhlaknya,
Setinggi mana darjat, bukanlah mulia jika tiada iman didada...
Wahai wanita yang telah meredhai Allah SWT sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad SAW Rasulnya.. Wanita yang meneliti jalan yang lurus dan membawa risalah kebenaran. Tersenyumlah agar dunia ini damai oleh mu...
Moga langkahmu bernama wanita dapat dituntun oleh Ya Rabb menjadi wanita solehah penyeri taman syurga, melagu indah membentuk peribadi menyemai indah kasih buat suami dan tegar kental dalam pertahankan syahadah...
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak kesudahan. Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu terjatuh selamanya... Kesolehan seorang wanita itu tidak datang begitu sahaja. Ia mesti melalui proses Mujahadah (melawan nafsu) yang panjang, mengikut kesungguhan masing-masing. Barulah terbina taqwa. Setelah ada taqwa barulah terbentuk kesolehan seorang wanita.. Sungguh wanita itu tegar, semoga Allah selalu memberikan kita kebahagiaan di dunia dan akhirat. Apa sahaja ujian buatmu wanita saat ini, in shaa Allah akan dibalas olehNya dengan pahala yang berlipat ganda di akhirat kelak..





