Monday, 23 September 2013

Wahai Wanita.

Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan,
Secantik manapun bukanlah ratu jika buruk akhlaknya,
Setinggi mana darjat, bukanlah mulia jika tiada iman didada...

Wahai wanita yang telah meredhai Allah SWT sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad SAW Rasulnya.. Wanita yang meneliti jalan yang lurus dan membawa risalah kebenaran. Tersenyumlah agar dunia ini damai oleh mu...

Moga langkahmu bernama wanita dapat dituntun oleh Ya Rabb menjadi wanita solehah penyeri taman syurga, melagu indah membentuk peribadi menyemai indah kasih buat suami dan tegar kental dalam pertahankan syahadah...

Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak kesudahan. Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu terjatuh selamanya... Kesolehan seorang wanita itu tidak datang begitu sahaja. Ia mesti melalui proses Mujahadah (melawan nafsu) yang panjang, mengikut kesungguhan masing-masing. Barulah terbina taqwa. Setelah ada taqwa barulah terbentuk kesolehan seorang wanita.. Sungguh wanita itu tegar, semoga Allah selalu memberikan kita kebahagiaan di dunia dan akhirat. Apa sahaja ujian buatmu wanita saat ini, in shaa Allah akan dibalas olehNya dengan pahala yang berlipat ganda di akhirat kelak..

Bila Rasa Malas.


Dalam hidup ni kita sering rasa malas,
Malas untuk membantu orang lain,
Malas untuk membuat kebaikan,
Malas untuk berdakwah,

TAPI INGAT...

Jadikan Dunia ini tempat MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA,
Agar AKHIRAT itu bisa menjadi tempat MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA..

Disebalik Apa Yang Kita Perolehi.


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain...

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak percaya akan diri sendiri...

Jangan sedih apabila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda,
Tapi bersedihlah kerana anda belum membuat persiapan...

Jangan sedih apabila orang lain tidak menghargai anda,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain...

Jangan sedih bila orang lain menghina anda,
Tapi bersedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri...

Jangan sedih bila orang lain memaki anda,
Tapi bersedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain...

Jangan sedih orang selalu mengkritik kita,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak pernah mahu memperbaiki diri...

Jangan sedih kerana anda selalu jatuh,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu bangkit semula...

Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir,
Tapi bersedihlah kerana anda tidak pernah belajar dari pengalaman...

INGATLAH !!! Kunci masalah selalu ada dalam diri sendiri, bukan dari luar atau pada orang lain..
Ianya bermula dari HATI !!

Anologi Kehidupan Di Dunia


HIDUP INI CUMA 3 HARI SAHAJA

1) Semalam : Sudah menjadi sejarah.
2) Hari Ini : Apa yang sedang kita lakukan.
3) Esok : Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap pada hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua...

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS

1) Nafas Naik.
2) Nafas Turun.

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.  Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT

1) Kekal Di Dalam Neraka.
2) Kekal Di Dalam Syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerika dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun iman pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat umpama seseorang yang mahu menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya.. lalu dia pun berkata, setemnya akan dihantar kemudian...

Ada 2 Penyelesaian Bagi Kes Ini :-

1)  Dia mungkin Didenda.
2)Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan keada kita.. sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah redhai..

Sunday, 8 September 2013

Pedihnya Seksa Neraka



Astaghfirullaahal Adzim..

Betapa pedihnya seksaan neraka, bagaimana sakitnya di seksa sampai hancur badan tetapi tidak mati-mati di neraka. Yang terdengar hanyalah jeritan dan rintihan tangis sakit kepedihan..

1. Kulit mereka diganti dengan yang baru, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud, "Setiap kali kulit mereka hangus, kami gantikan mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab." (An Nisa' : 56).

2. Bara apinya membakar sampai ke hati, sebagaimana Allah berfirman, " (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati." (Al Humazah :67).

3. Mereka diseret ke neraka di atas wajah mereka, sebagaimana dengan firmanNya yang bermaksud, "(Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka." (Al Qomar : 48).

4. Minuman mereka adalah besi yang mendidih sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud, " Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek." (Al Kahfi : 29).

Begitu syadid (keras dan perih) seksaan neraka, lalu seksaan apa yang paling meringankan untuk penghuni neraka..??

Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya penduduk neraka yang paling ringan seksanya adalah orang yang mengenakan dau sandal dari neraka lalu mendidih otaknya kerana sangat mencekam panas dua sandalnya. " HR Muslim".

Yaa Allah.. Yaa Robbiii.. Ampunilah dosa-dosa hamba.. Berilah hamba keampunan untuk beribadah kepadaMu dan berikanlah hamba kemampuan untuk menghindari kemaksiatan.

Yaa Allah.. Yaa Robbii.. Hamba memang tidak pantas untuk masuk ke syurgaMu TETAPI hamba juga tidak akan kuat untuk masuk ke nerakaMu..

Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini dan setiap orang yang mengucapkan "Aamiinnn"....  

Hikmah Janggut Di Sebalik Sunnah Rasulullah




Sabda Rasulullah SAW, " Cukurlah kumis dan peliharalah jangut. " (HR Muslim)
          
      Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak seribu tahun lalu.
          
       Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat dari itu.
          
    Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology,Amerika Syarikat yang berjudul ' The Amazing Fact of Human Body ' mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. Ianya hanyalah melalui sentuhan sahaja.

SUBHANALLAH !!!



Monday, 2 September 2013

Rahsia Rasulullah Kawal Emosi


Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita melakukan pergerakan fizikal bagi mengawal emosi marah adalah bertujuan untuk melenturkan dan meredakan ketegangan saraf otak..

"Jika kamu marah dalam keadaan berdiri maka duduklah.. Jika kamu masih marah padahal sudah dalam keadaan duduk maka berbaringlah.. Jika kamu masih marah padahal sudah dalam keadaan baring maka segeralah bangkit dan ambil air wuduk untuk bersuci dan lakukan solat sunat dua rakaat."


Itulah hikmah ketika marah semasa sedang berdiri maka perlulah duduk, ketika duduk perlulah berbaring dan air wuduk pula mampu memadamkan hati yang sedang menyala apinya..

Emosi marah juga terhapus dengan istighfar yang berterusan =)

Sunday, 18 August 2013

Subhanallah..Hebatnya Perancangan Allah :)

rahim

Makhluk hidup bersel satu yang tidak terhitung jumlahnya mendiami bumi kita. semua makhluk bersel satu ini berkembang biak dengan membelah diri dan membentuk salinan yang sama seperti diri mereka sendiri ketika pembelahan itu terjadi.
Embrio yang berkembang dalam rahim ibu juga memulakan hidupnya sebagai makhluk bersel satu dan sel ini memperbanyakkan diri dengan cara membelah diri atau dalam kata lainnya, membuat salinan dirinya sendiri. 
Dalam keadaan ini, tanpa adanya perancangan yang khusus, sel-sel yang akan membentuk bayi yang belum lahir ini akan memiliki bentuk yang sama. Dan apabila ini terjadi, maka yang muncul akhirnya bukanlah manusia tetapi hanyalah merupakan gumpalan daging yang tidak berbentuk. tetapi ini tidaklah terjadi kerana sel-sel tersebut membelah dan memperbanyakkan diri bukan tanpa pengawasan.
SEL YANG SAMA MEMBENTUK ORGAN YANG BERBEZA.
Sperma dan sel telur bertemu dan kemudiannya bersatu membentuk sel tunggal yang disebut zigot. Satu sel tunggal ini merupakan bakal-bakal manusia. Sel tunggal ini kemudian membelah dan memperbanyakkan diri. Beberapa minggu setelah penyatuan sperma dan telur ini, sel-sel yang terbentuk muali tumbuh berbeza antara satu sama lain dengan mengikut perintah rahsia yang diberikan kepada mereka. Sungguh besar rahsia Allah : sel-sel tanpa kecerdasan ini mulai membentuk organ dalaman, rangka dan otak.


Sel-sel otak mulai terbentuk pada celah-celah kecil di salah satu hujung embrio. Sel-sel otak akan berkembang biak dengan cepat di sini. Sebagai hasilnya, bayi akan memiliki sekitar sepuluh milyar sel otak. Ketika pembentukan sel-sel otak sedang berjalan, seratus ribu sel baru akan ditambah pada kumpulan sei ini pada setiap minit.

Sel-sel baru yang terbentuk berkelakuan seolah-olah mereka tahu dimana ia harus menempatkan diri dan dengan sel mana ia harus membuat sambungan. Setiap sel menemukan tempatnya masing-masing. Dari jumlah kemungkinan sambungan yang tidak terbatas, ia mampu menyambungkan diri dengan sel yang tepat. Terdapat seratus triliun sambungan otak manusia agar sel-sel otak dapat membuat trilyunan sambungan ini dengan tepat, mereka harus menunjukkan kecerdasan yang jauh melebihi tingkat kecerdasan manusia. padahal sel tidak memiliki kecerdasan sama sekali.
Bahkan tidak hanya sel otak, setiap sel yang membelah dan memperbanyakkan diri pada embrio pergi dari tempat pertama kali ia terbentuk dan terus pergi menuju ke titik yang harus ia berada. Setiap sel menemukan tempat yang telah ditetapkan untuknya dan dengan sel manapun mereka harus membentuk sambungan, mereka akan mengerjakannya.
Siapakah yang mengatur segala ini dengan amat teliti??
Bagaimana semua sel yang sama ini bergerak menuju tempat yang sama sekali berbeza, seolah-olah mereka secara mendadak menerima perintah dari suatu tempat, dan berusaha agar benar-benar terbentuk organ-organ yang sungguh berbeza? Hal ini jelas menunjukkan bahawa sel yang identik ini, yang tidak mengetahui apa yang akan mereka kerjakan, yang memiliki genetik dan DNA yang sama, tiba-tiba menerima perintah dari suatu tempat, sebahagian dari mereka membentuk otak, sebahagian membentuk hati, dan sebahagian yang lain membentuk organ yang lain lagi.
Proses pembentukan dalam rahim ibu berlangsung terus tanpa henti. Sejumlah sel yang mengalami perubahan, tiba-tiba saja mulai mengembang dan mengecut. Setelah itu, ratusan ribu sel ini datang dan kemudian saling bergabung membentuk jantung. Organ ini akan terus-menerus berdenyut seumur hidup.
Hal yang serupa terjadi pada pembentukan pembuluh darah. Sel-sel pembuluh darah bergabung antara satu sama lain dan membentuk sambungan di antara mereka. Bagaimana sel-sel ini mengetahui bahwa mereka harus membentuk pembuluh darah, dan bagaimana mereka melakukannya? Ini adalah satu di antara berjuta pertanyaan yang belum tercapai dek akal pengetahuan.
Sel-sel pembuluh ini akhirnya berhasil membuat sistem tabung yang sempurna, tanpa retakan atau lubang padanya. Permukaan bahagian dalam pembuluh darah ini mulus bagaikan dibuat oleh tangan yang pakar. Sistem pembuluh darah yang sempurna tersebut akan mengalirkan darah ke seluruh bagian tubuh bayi. Jaringan pembuluh darah memiliki panjang lebih dari empat puluh ribu kilometer. Ini hampir menyamai panjang keliling bumi.
Perkembangan dalam perut ibu berlangsung tanpa henti. Pada minggu kelima tangan dan kaki embrio mulai terlihat. Benjolan ini sebentar lagi akan menjadi lengan. Beberapa sel kemudian mula membentuk tangan. Tetapi sebentar lagi, sebahagian dari sel-sel pembentuk tangan embrio tersebut akan melakukan sesuatu yang mengejutkan. Ribuan sel ini akan mematikan kesemua sel-sel mereka.
Mengapa sel-sel ini membunuh diri mereka sendiri? Kematian ini memiliki tujuan yang amat penting. Bangkai-bangkai sel yang mati di sepanjang garis tertentu ini diperlukan untuk pembentukan jari-jemari tangan. Sel-sel lain memakan sel-sel mati tersebut, akibatnya celah-celah kosong terbentuk di daerah ini. Celah-celah kosong tersebut adalah celah di antara jari-jari kita.
Akan tetapi, mengapa ribuan sel mengorbankan dirinya seperti ini? Bagaimana ianya boleh terjadi, sebuah sel membunuh dirinya sendiri agar bayi dapat memiliki jari-jari pada saatnya nanti? Bagaimana sel tersebut tahu bahawa kematiannya adalah untuk tujuan tertentu? Semua ini sekali lagi menunjukkan bahawa semua sel penyusunan manusia ini diberi petunjuk oleh Allah S.A.W.
Pada tahap ini, sejumlah sel mulai membentuk kaki. Sel-sel tersebut tidak mengetahui bahawa embrio akan harus berjalan di dunia luar. Tapi mereka tetap saja membuat kaki dan telapaknya untuk embrio.
Ketika embrio berumur empat minggu, dua lubang terbentuk pada bahagian wajahnya, masing-masing terletak pada tiap sisi kepala embrio. Mata akan terbentuk di kedua lubang ini pada minggu keenam. Sel-sel tersebut bekerja dalam sebuah perancangan yang sulit dipercayai selama beberapa bulan, dan satu demi satu membentuk bahagian-bahagian berbeza yang menyusun mata. Sebahagian sel membentuk kornea, sebahagian pupil, dan sebahagian yang lain membentuk lensa. Masing-masing sel berhenti ketika mencapai batas akhir dari daerah yang harus dibentuknya. Pada akhirnya, mata, yang mengandung empat puluh komponen yang berbeza, terbentuk dengan sempurna tanpa cacat.
Dengan cara demikian, mata yang diakui sebagai sebuah kamera paling sempurna di dunia, muncul menjadi ada dari sebuah ketiadaan di dalam perut ibu. Perlu di fahami bahawa manusia yang bakal lahir ini akan membuka matanya ke dunia yang berwarna-warni, dan mata yang sesuai untuk tugas ini telah dibuat.
Suara di dunia luar yang akan didengar oleh bayi yang belum lahir juga telah diperhitungkan dalam pembentukan seorang manusia dalam rahim. Telinga yang akan mendengarkan segala suara tersebut juga dibentuk dalam perut ibu. Sel-sel tersebut membentuk alat penerima suara terbaik di dunia.
Semua huraian ini mengingatkan kita bahawa penglihatan dan pendengaran adalah nikmat besar yang Allah berikan kepada kita. Allah menerangkan hal ini dalam Al-Quran sebagaimana berikut:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl, 16:78)
Penciptaan Kedua
Berbagai peristiwa yang telah di kisahkan dalam tulisan ini dialami oleh semua orang di dunia. Setiap manusia dipancarkan ke rahim sebagai sebuah sel sperma yang kemudian bersatu dengan sel telur, dan kemudian memulakan kehidupan sebagai sel tunggal. Semua ini terjadi karana adanya keadaan yang secara khusus diciptakan di tempat tersebut. Bahkan sebelum manusia mulai mengetahui dimana dirinya sendiri, Allah telah memberi bentuk pada tubuh mereka, dan menciptakan manusia normal dari sebuah sel tunggal.
Adalah kewajiban bagi setiap orang di dunia untuk merenungkan kenyataan ini. Dan kewajiban Anda adalah untuk memikirkan bagaimana anda lahir ke dunia ini??
Jangan lupa bahawa Tuhan kita, yang telah menciptakan tubuh kita sekali, akan mencipta kita lagi setelah kematian kita, dan akan ada yang mempertanyakan segala nikmat yang telah diberikan-Nya kepada kita. Hal ini amatlah mudah bagi-Nya.
Mereka yang melupakan penciptaan diri mereka sendiri dan mengingkari kehidupan akhirat, benar-benar telah tertipu. Allah berfirman tentang orang-orang ini dalam Al-Quran:
”Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata. Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-belulang yang telah hancur luluh?” Katakanlah: “Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya pada kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.” (QS. Yaasiin, 36:77-79)